Di Mumbai, India, Starbucks satu rangkaian restoran kopi yang popular di seluruh dunia sedang bertarung untuk menghalang satu rancangan oleh seorang usahawan Shahnaz Hussein yang bercadang ingin membuka satu rangkaian restoran kopi yang diberi nama Starstrucks! Starbucks memberi alasan nama yang digunakan oleh Shahnaz terlalu mirip dengan Starbucks dan mendakwa Starstrucks ingin mendapat publisiti percuma dengan menggunakan nama tersebut! Saya berfikir, kat Malaysia ni berlambak jenama yang hampir serupa tapi tak kisah pun, sebagai contoh Adidas. Saya pernah jumpa baju jenama Abibas, tapi kenapa Adidas tak bising pun?Di Karachi, Pakistan, seorang lelaki dikehendaki polis selepas beliau bertindak menggali kubur bapanya yang telah mati 2 tahun yang lalu dengan harapan untuk menghidupkan kembali bapanya! Beliau, Abdul Rehman merampas sebuah ambulans dan membawa mayat bapanya ke rumah. Keluarga beliau memberitahu, Abdul Rehman, tidak pernah dapat mengatasi rasa sedihnya selepas kematian bapanya dan tak dapat terima kenyataan itu! Inilah manusia sekarang, sampai tak dapat terima kenyataan. Harap kita dijauhkan dari benda-benda macam tu!
Di China lagi, Pihak berkuasa tempatan di satu wilayah di China menguatkuasakan undang-undang yang membolehkan merekamendenda setinggi USD600 pada hotel-hotel yang tidak menyediakan kondom untuk pelanggan mereka, dalam usaha untuk membendung penyakit Aids. Saya rasa langkah ni ada kebaikan dan juga keburukan jika dilaksanakan di Malaysia. Kebaikannya ialah dapat membendung penyakit berjangkit, bukan saja Aids, tapi keburukan jika dilaksanakan di Malaysia ialah ianya seperti memberi kebenaran kepada seks bebas. Ia seperti "Buatlah seks bebas asalkan anda pakai kondom".Orang muda mesti fikir macam tu!
Oklah sampai kat sini dulu hari ni, jika ada sebarang komen silalah letakkan di sini. Cara untuk bagi komen ialah dengan klik "comments" kat bawah. Segala komen anda amatlah dihargai. Kalau nak ulas pasal berita-berita tadi pun boleh, kita boleh bertukar-tukar fikiran! Jika rasa blog ni bagus bolehlah tolong promosi kat kawan lain dan saya berjanji akan tulis yang terbaik untuk pembaca sekalian. Terima Kasih kerana sudi membaca!!
No comments:
Post a Comment